Monday, May 5, 2008

Duit tanpa kerja

Aku sedang berfikir... bagaimana mendapatkan duit belanja harian, bulanan atau tahunan tanpa perlu bekerja. Fikir punya fikir, ada jalannya. Macammana? rompak bank? Curi? Buat duit palsu? Bukan. Bukan macam tu. Semua tu tak betul, salah....

Tapi idea aku ni perlukan modal la. Buat apa tak ada modal ye tak?

Caranya macam ni: Sebagaimana kita tahu, kat malaysia ada unit-unit saham amanah macam ASB dividen 9%), ASN, Public Mutual dan macam2 lagi. Selain tu, ada jugak saham syarikat yang boleh dibeli macam saham bank rakyat (dividen 20%). Jadi, Kita beli saham tu sebanyak RM1 juta. Uiii.. banyak tu.... mana nak cari1 juta? Ntah ler..... itu yg aku dok fikir tu....

Tak apalah... kita kira dulu pendapatan kita (ala-ala mat jenin).

Dividen ASB 9% setahun. Kalau RM1 juta kita boleh dapat RM90 ribu setahun. Jadi kalau dibahagi 12 bulan, maka duit kita boleh belanja tanpa bekerja sebulan RM7500. Macammana kawan2? Boleh ke cam tu? Hehehe.... memang boleh... Tapi, kita perlu cari duit modal RM1 juta dululah.

Macam mana caranya?

Haaa.... itulah yg aku nak bagi idea ni... Aku ada beberapa idea yg logik jugak la. nantilah pelan2 aku ceritakan kat sini... Ok... jangan lupa blog aku ni.... akumalas.blogspot.com

Jumpa lagi....